Total Pageviews

Sunday 10 May 2015

Tak Setaraf

Assalamualaikum...

Actually xde nawaitu pun nk up blog ni...sangat2 la busy lately ni...nak makan nk tido pun xsempat, ni kan nk blogging, ye dak?tapi, dlm masa 5 minit yg lepas,tetibe rasa sayu...rasa sedih...seperti disisihkan, sama ada hanya perasaan atau its really happen...

Seperti yg sedia maklum, aku ni tak bekerja di ofis2 terkemuka, atau tak termuka sgt mahupun xde muka...aku hanya business sendiri...mungkin org lain akan bercakap, "waaa, ada business sendiri, masyukkkk"...tapi hakikat, hanya diri yg tahu...

Memandangkan 'hanya diri yang tahu', jadi aku tahu tahap atau level mana aku berada sekarang berbanding dgn kawan2 yg lain...bila diamati, tetiba aku rasa aku tak layak atau erti nama lain, tak setaraf nk berkawan dgn yg lain...waktu belajar dulu, kita semua sama...mungkin time tu kalau nk bezakan pun dr segi tahap pencapaian atau senang paham, tahap kepandaian...tp bila dh umur macam ni, rasa seperti ada perbezaan dr cara hidup...aku tidak la mengatakan yg hidup aku ni papa kedana ke apa...aku bersyukur dgn rezeki yg ada...kalau bukan rezeki duit, tapi rezeki dari segi lain, sentiasa ada...tp kadang2 rasa terpencil sikit bila dok story2 dlm whatsapp, obviously, rasa aku tak boleh nk join perbincangan tu...kadang2 cerita pasal bercuti sana sini la, kadang2 berceritakan pasal kerja itu ini, tak kurang jugak yg bercerita shoping itu ini..jauhnya taraf aku berbanding korg yg dah jadi cikgu, seorang lawyer, doctor, dan tak kurang jugak yg jadi manager itu manager ini di usia 29tahun ni...jauh dlm sudut hati ini, asyik tertanya, bila aku nk jadi seperti korang? jawapan hanya pada diri aku ni...

Aku tak menyesal bukak business sendiri ni...malah bersyukur sbb Allah pinjam kan aku idea2 yg boleh aku hasilkan untuk dijual...cuma rasa tak layak untuk bersahabat dgn korg...aku hanya layak berkawan dan hanya berkenalan dgn korg sahaja...tahniah semua ats kejayaan masing2...korang la bg semangat kat aku, even dr jauh, supaya meng up-up kan diri ini semampu yg boleh dgn izinNya...

Ingat, walau sesusah mana pun kita, walau hanya dapat menghidu makanan sahaja, BERSYUKUR itu perlu ada...yakin dgn kuasa BERSYUKUR itu, insyaAllah, Allah sentiasa bersama kita bila setiap movement kita hanya kerana Allah...

Okeyla, dh kuyu-muyu...nk setelkan sikit lagi kerja...esok nk jmpa yg tersayang...rindu suami, sejak PJJ ni...huhu...goodnyte semua...

No comments:

Post a Comment