Total Pageviews

Friday 29 August 2014

Cita-citaku...

Assalamualaikum...

Tajuk karangan darjah 1...ase cam tiut miut jek...huh!

Sebenarnya nak crita ni...ada 2 soalan yg aku rasa tension nak jawab time raya hari tu, dan agak payah nak jawab...kadang2 tu kan, deme tak tanya aku, deme tanya mak abah aku..kesian aku tengok diorang try jawab bagi pihak aku...ina mintak maaf ye mak & abah...sebab ina tak jadi seperti apa yang diorang nak...tapi kenapa perlu hidup ikut kehendak orangkan...hmmm...manusia, xsenang tgk orang lain senang...ayat klise...meh aku bagi ayat baru...manusia, tak senang tgk orang lain xsenang jugak...yela, aku ni xbrape nak senang, tapi still ada org pertikaikan...sayang aku kot...

Soalan wajib, pasal anak la kan...tp time raya aritu tak ramai tanya, tapi kalau ada yg tanya pun, bila aku jawap dgn sungguh berhemah, atau kata lain jawapan aku memberhentikan persoalan orang, paling2 diorang akan cakap, "xpe na, ada la rezeki tu nanti...sabar ye"...tenang je aku dgr...nasib baik xde yg mulut puaka...alhamdulillah...ramai doakan aku macam ni, insyaAllah termakbul kata2 dan doa korang tu...terima kasih...

Tapi soalan yang ni, peberet gak..."ko keje ape skang?"..."apa, ko tak keje?"..."boleh untung ke apa yang ko buat skang?"..."ish, sayang, blaja tinggi2, itu je ko buat?"...hadoiiiiiiii...kalo kome la, ape kome jawap ek?aku aritu try jugak la jawap sehabis boleh, mana tak boleh, aku sengih je...tak paham, knapa begitu prihatin??

Apa definisi KERJA bagi korang ek? bisnes buat bunga telur ni, bukan KERJA ke? aku rasa aku lebih TERBERKERJA dari orang lain...orang lain kerja isnin-jumaat...pkol 8pagi, balik pkol 5petang...aku ni?takde istilah weekend ke weekdays tau...xde istilah pagi ke petang...kome dok syok tido tengah malam, aku bersengkang mata menyiapkan tempahan...ni la kerja aku...aku sedang berkerja...mentaliti zaman sekarang, kerja adalah pergi ke office, ada meeting nk kena attend, kena pakai baju formal, kena outstation bagai...disebabkan aku tak buat semua ni, so aku tak kerja la?hadoi...

Satu lagi isu bangkit dari benak fikiran, ada ijazah, tapi buat kerja ni...baik tak payah blaja tinggi2 kalau end up ko nak buat ni je...sapa cakap ijazah yang aku ambik tu xde kene mengena dgn apa yang aku buat ni?dulu aku blaja bisnes, now aku praktikkan apa yang aku belajar dalam bisnes aku...mungkin tak nampak lagi...mana tau, rezeki aku akan bukak company plak...tak ke aku kene ada ilmu dari segi management, account, marketing dan sebagainya...dan aku kene ada jugak ilmu nak berbisnes dalam konsep islam...aku sedang praktikkan sikit demi sikit...aku guna apa yang aku blaja dulu...kiranya tak sia-sia la ijazah aku tu kan??

Macam ni la, bukan apa, actually orang zaman skang dh jadikan 'sibuk hal orang' sebagai habit tau...aku tak kisah kalau nk bertanya, tapi takyah la nk kondem pendirian atau keputusan yang orang lain buat...apa kata, lepas kita tanya, kita absorb dalam diri dgn perkara2 positif dan balas kembali dgn kata2 semangat agar apa yang dicitakan menjadi kenyataan...bukan kita pi kondem dia atau mematahkan semangat dia...lain la kalau ko tanya, 'eh, ko keje ape skang?'...then dia jawab, 'aku hisap dadah'...yang ni, ko jgn la bagi kata semangat untuk teruskan apa yg diperjuangkan...tapi bagi semangat untuk dia berhenti dari apa yang dia sedang lakukan...

Kadang2, tak perlu nk busy body...tapi tu la, mmg habit kan, suka nak tahu...once dah tahu, please hormat...macam aku, aku hanya membuat bisnes online...aku tak seperti kawan2 aku yang keje opis tu opis ni...dan ye, income untuk aku buat bisnes online ni, xde la gah mcm income orang bekerja office ni...tapi insyaAllah, dengan rezeki yg sikit ni, aku masih boleh makan dan minum kat dunia ni...xde la aku meminta sedekahkan...dan xde la aku menyusahkan orangkan...

Tapi mesti ada orang nak tau kan, kenapa aku buat bisnes macam ni? aku pernah je kerja office...lepas grad tahun 2010, belom konvo, aku dah kerja office...aku betol2 berhenti seminggu sebelom aku kahwin...3 company aku try, tapi jiwa aku tak tenang...dapat gaji beribu2, tapi hati asyik susah hati...korang rasa best ke?aku tak tenang hidup macam ni...aku bukan la benci terus kerja office ni...kadang2 aku rindu gak nak bekerja balik...tapi ntah la...buat masa ni aku senang dan tenang dgn apa yg aku buat...nak2 aku buat sesuatu yang aku impikan dari kecik...bukan takat impikan, aku dah praktikkan apa yang aku minat dari kecik...mmg dari umur aku 6 tahun, aku berminat dengan mencipta reka apa2 pun...dan aku mmg selalu tulis dalam buku2 biodata, aku nak jadi seorang peniaga yang buat barang2 reka cipta ni...tapi cita2 aku terhenti sbb satu masalah, iaitu, aku TAK PANDAI MELUKIS...sumpah aku fail bab lukis...so bila dah tahap sekolah ni, aku xde kearah seni lukisan, thats why cita-cita aku terhenti disitu je...time sekolah, parent lebih nampak aku ke aliran agama...tu sbb dari darjah1-darjah6, pergi sekolah agama, form1-form5, masuk kelas aliran agama...masuk matrik, sambung belajar arab dan sampai la aku terima ijazah, aku dalam aliran agama...tapi islamic business la...xde la blaja arab tu semua, but still, tetap aliran tu...jadi cita2 aku tuk jadi pereka cipta atau designer, terhenti...tapi masih membara dalam hati ni...

Thats why, bila aku dah dewasa ni, aku teruskan balik cita-cita aku dulu...dan inilah hasilnya...hope ada yang paham...dan hope jugak, jangan la tanya dah...kalau nk tanya, boleh je, tapi bagi la kata2 semangat tuk aku teruskan...btw, bukan la semua mcm ni tau...ada jugak yg mmg dari awal penubuhan flowerlicious craft ni, dah support dgn apa yang aku buat...terima kasih sangat2...hope dgn bekalan doa korang, Flowerlicious Craft semakin maju...dan dgn apa yg aku bebelkan ni, tak bermakna aku taknak kerja office langsung...ni semuanya rezeki dari Allah...mungkin satu hari nnti, Allah tetapkan rezeki aku dtg nya bekerja dgn office, jangan plak time tu korang kata aku cakap tak serupa bikin...jangan salah anggap...aku tak benci kerja office, malah aku rindu nk bekerja dalam office...dan sometime,aku klik jugak button 'APPLY' dalam jobstreet...jika ditakdirkan aku bekerja balik dalam office, doakan aku tetap hati dan senang hati kerja kat situ...mungkin boleh dapat officemate yang best, boss yg sporting, environment yang tenang...insyaAllah...

Tapi buat masa ni, biarlah aku bergelumang dengan bunga telur aku ni..biarlah aku terpintal dengan pelbagai aneka warna reben2 yang menarik...biarlah hati aku melekat macam kene gam tembak dengan hasil usaha aku sendiri...ha, hambik...menanah kata2 aku tau...hahahahahah...oh ye, dah alang2 aku duk hingak pasai bisnes, boleh kot aku promote sikit...mana tau kot ada yang tertanya bisnes apa yang aku sayang sgt ni...ha, pi bukak Facebook then taip "FLOWERLICIOUS CRAFT"...ha, ni la apa yang aku dah usahakan untuk 2tahun kebelakangan ni...kalau ada nak order, roger je hakaq...nk tanya2, nak survey2, nak tanya pendapat pun, hakaq jawab jek...dont worry...
Ni gambo Profile Picture Flowerlicious Craft ye... :)
Okeylah, nak sambung buat kerja...jap lagi nak prepare tuk suami gi kerja plak...selamat pagi Jumaat semua...semoga hari yg mulia ni akan mendatangkan rezeki kepada korang yang membaca dan juga kepada yang tak baca...ayat sedih...hahaha...okey la, assalamualaikum...sehingga jumpa lagi next entry... :)

Friday 22 August 2014

Situasi Yang Harus Dielakkan Untuk Suami Isteri...

Assalamualaikum...

Terdetik hati ini untuk mencoretkan satu situasi di mana ianya berlaku dalam kehidupan kita...terutama dalam kehidupan rumahtangga...dalam konon nak membelek bunga telur,tapi terhenti bila terlayan cerita Rindu Awak 200% episod yang ke 22...Sangat sesuai ditonton oleh para lelaki aka suami...

Bunyi cam serius je aku kan?ehe...serius tapi masih ada senyummm...okey, back to our topic...rasanya kene rungkaikan situasi ini agar hubungan suami isteri semakin erat dan dijauhkan salah faham antara pasangan...

Okey, situasinya adalah, Armel (heroin) dan Zill(hero) yang sedang honeymoon di Turki...kebetulan ada seorang perempuan merangkap kawan sekerja kepada Zill, iaitu Irene...Situasinya wujud apabila Irene ni ada masalah, dan orang yang dia akan cari dan rujuk, pastinya Zill sebab kenalan dia...kemudian Irene ni create satu keadaan di mana kononnya dia di ganggu oleh stranger dan membuatkan dia dalam bahaya...Zill dan Armel sedang berjalan2, kebetulan Armel ke toilet, dan time tu Irene mintak tolong kepada Zill konon tolong bawak dia ke embassy Malaysia nk report kes dia...ahaaaaa, ape yang telah berlaku?

Masalah pertama : Zill boleh tinggalkan isteri dia yang sedang pergi ke toilet dan mengarahkan isteri dia untuk balik ke hotel sorang2 dan dia sebagai suami, teman si Irene pergi ke embassy...

Meh aku nk celoteh : tahulah kawan ko tu ada masalah, tapi apa salahnya bawak isteri sekali pergi ke embassy tu kalau betol2 ada masalah...tak terpikir ke isteri kite jalan balik sorang2 di negara orang?sibuk pikirkan kawan tu dah kenapa?

Oh ye, sebelom tu, ada satu situasi tertinggal...si isteri tak sihat, so suami nak kluar pergi tapaukan makanan untuk isteri...kebetulan terjumpa Irene di luar...

Masalah kedua : dah la tak jumpa makanan yang isteri mintak, boleh plak duduk2 minum dengan irene...

Meh aku nak membebel : perlu ke nak minum2 dengan Irene kat luar tu?kalau nak sembang pun, sembang 5-10minit dah la,xpayah nak minum2...perut isteri tu lapar,yang gi kenyangkan perut orang lain dh kenape...

Then, last but not least (refer to episod 22), Irene call tengah2 malam,dah tido dah pun...then konon2 ada masalah...Yang si Zill ni sebagai kawan, nk pergi lah tolong kononnya...

Masalah ketiga : keluar dari bilik dan menuju ke bilik perempuan lain tanpa memberitahu si isteri...

Meh aku nak marah : dah kenapa tak inform wife tu?jangan bagi alasan taknak ganggu wife tu tido...alasan tak logik langsung...paling2 berpamit...seelok2nya,bawak wife tu skali...bila dah sampai bilik tu, ha hambik, kan dah kene pelok...kalau isteri nampak,apa alasan?bukan salah ko?dia yang tiba2?

End up, dah salah faham berlaku...isteri jeles marah sbb keadaan tu...yang si suami of coz la taknak mengaku salahkan, sbb niat dia ikhlas nak tolong kawan yg dalam kesusahan...tak sangka keadaan mcm tu berlaku...TAK SANGKA...perkataan ni la xsepatutnya...

Macam ni la... Ye, mmg selalunya salah pihak isteri sebab cemburu buta, tuduh tanpa usul periksa...si suami niatnya suci dan ikhlas nk tolong orang dalam kesusahan...tapi bila jadi macam ni, bila dah terperangkap, si suami senang je bela diri mengatakan diri ni tak tahu apa2...tak sangka akan berlaku...paling2 akan ckp, 'im sorry'...yang isteri ni, dah la mmg dari awal rasa syak wasangka, rasa tak tentu arah je, dan of coz bila jadi macam ni, kene sembur la ko...

Benda2 macam ni tak sepatutnya berlaku...untuk mengelakkan isteri cemburu atau rasa tak tenang, apa salahnya bagitahu dari A to Z...sekurang2nya isteri tahu...tapi jalan penyelesaian yang lebih afdol adalah, jangan involve dalam situasi macam ni...ye betol, kawan kita (yang berlainan jantina) ada masalah, tapi rasanya ada kawan lain yang boleh tolong...atau mungkin kita bagi nasihat atau bagi idea atau bagi pendapat macam mana die nak setelkan masalah die sendiri, dan biar dia yang setelkan, bukan kita yang bawak die utk setelkan...ataupun kot la kawan tu mmg dah xde orang lain, nak jugak mintak kita tolong, apa salahnya bawak isteri untuk involve dan tolong selesaikan masalah kawan kita ni...sah2 wife kite perempuan,lagi manis dan lebih elok wife yang mendekati dia,walaupun dia kawan kita...jangan nak setelkan sorang2...bila sorang2,akhirnya, mesti gaduh...

Bila isteri bising, mula la cakap yang isteri ni tak percayakan dia, cemburu buta dan macam2 lagi la...wahai sang lelaki, dengar la...wanita tidak akan melenting kalau tanpa sebab...perempuan lebih kenal isi hati perempuan...insyaAllah dgn deria rasa ni, boleh agak kawan tu boleh dipercayai atau tak...lagi2 isteri, selalunya,apa yang dia rasa, jarang silap...

Lelaki dan perempuan tak akan boleh jadi sahabat baik aka BFF...hanya istilah berkawan sahaja yang sesuai...almaklom,bila dah BFF, suka duka manis pahit segalanya nk share kan...sangat tak kene bila nak share dgn BFF yang berlainan jantina...lagi buruk dipandangan kalau kedua-duanya atau salah sorang darinya dah berumah tangga...kalau single mingle tu,boleh terima lagi la...semua bnda nak share, siang malam nk bersama...silap haribulan, tu jodoh ko, ha, terus la kawen...ni kalau dah berumah tangga ni...ish, jangan buat main2...

Meh akak nak bg suggestion...kepada para suami, elakkan diri dari terlibat dalam keadaan macam ni...mencegah lebih elok dari nk ubatkan...walaupun niat anda sangat ikhlas dan xde niat lain, tapi ingat, SYAITAN berada di mana2 sahaja...dia tunggu masa je...silap haribulan, terjebak...dah terjebak,nk mintak maap pun tak guna...oleh itu, kawan kan isteri kita kepada kawan kita...mungkin lebih manis dan boleh mengelakkan diri dari difitnah...

Untuk para isteri, janganlah tuduh melulu tanpa usul periksa...cemburu perlu ada,tapi berwaspada...apa2 keadaan, kita kene dengar ape penjelasan dulu...mmg hati perempuan rapuh...tapi lebih best kita tau hal sebenar kan...dan tak salah rasanya kalau isteri nak jadi stalker...bukan tak percaya, tapi lebih kepada berhati2...

Dan yang terakhir, untuk si kawan...kalau ko mmg ada niat buruk, aku xtau nak cakap apa la...apa yang boleh cakap, bertaubat jela...tapi kalau ko xde niat jahat, ko xde niat nk memecah belahkan hubungan suami isteri itu, berpada2 la bila menghubungi suami orang...boleh contact, tapi biarlah ada tujuan...boleh bercakap,tapi pastikan ada bnda penting yang nak dicakapkan...kalau tak nak di fitnah,apa kata ko ambik alternatif utk bersahabat baik dengan isteri kawan tu...kalau ko datang dengan baik, mana2 perempuan akan terima dengan hati terbuka...jangan plak roger suami orang time yang tak sepatutnya...pkol12 malam nak tido, time tu la ko mesej nak pinjam duit...pkol12 tghari taknak plak kan...weekend, time spend time for family,time tu la ko muncul nk discus pasal kerja...aishhh...so, kalau xnak difitnah, jadikan isteri kawan kite tu,kawan kita jugak...kadang tu, ada jugak situasi, kawan ni adalah kawan kepada suami isteri ni...tapi ada masalah atau ada bnda nk tanya, mesti roger yang si suami...dah kenapa?kenapa tak contact kawan yang isteri dia tu...macam kuang ajo pun ada...macam tak hormat...jadi,jangan begitu ye...jauhkan diri dari difitnah...

Okeylah, dah nk subuh...kerja aku pun tergendala...bagus jugak cerita2 melayu ni...some situation sangat dekat dengan kehidupan kita...jangan macam cerita harry potter...tak dekat langsung...penyapu utk sapu sampah, bukan tuk terbang...bukan main imaginasinya...hahaha...so kepada yang tak berminat cerita melayu ni, layan2 kan la...ada ikhtibar yang kita boleh ambik...

kenapa aku buat entry ni? sbb lately selalu terbaca status kawan2 kat FB yang ada masalah mcm ni...tak salah kot utk bg nasihat dan pendapat...takkan aku nk taip panjang2 mcm ni kat ruang comment tu...mcm tak semenggah jek...haha...so aku conclude kan dalam satu karangan...mana yang rasa diri selamat,alhamdulillah...mana yang rasa dh boleh start berhati2, berhati2 lah dengan diiringi doa kepadaNya agar ianya dalam keadaan selamat...dan mana2 yang rasa macam kene sebijik sejebon, kembalilah kepada jalan yang lurus...henti2kanlah perbuatan yang jahat atau mungkin belom tercapai, tapi ianya tetap menuju kearah kejahatan...so plis stop...

Okeylah, salam subuh semua...

Al-fatihah untuk mangsa MH17...hari ni hari berkabung untuk satu malaysia...sesungguhnya Allah maha Mengetahui...Assalamualaikum... :)


Wednesday 13 August 2014

Tema Baju Raya Tahun Depan...(Melampau sangat...hahaha)

Next Tema…

Assalamualaikum…

Nampakkkkk(gaya Raja Azura)…Tajuk je dah menampakkan keterujaan dan kegelojohan yg berlaku ke atas aku…ko hado?hahahah…actually, bndealah ni telah bermain dalam fikiran ni sejak raya ketiga lagi…menggeleng kakak ipar aku dgr plan aku ni ha…hahaha…

Raya baru je cecah hari ketiga,aku dah pikir warna tema untuk tahun depan…yang pasti aku dh plan nk cari tema warna yang membuatkan suami aku ‘terpaksa’ beli baru…kang kalo aku sebut warna2 yg dia pernah ada waktu bujang2 dulu,confirm2 die terus setuju since dia boleh ambik baju lama…bukan la xboleh, dan xde la aku nk membazir…dalam Islam pun di sunatkan berbaju baru di pagi raya bagi yang mampu…selagi mampu,setakat sehelai ape salahnya kan…lagipun tahun ni suami aku dh pakai baju recycle dia dah…dia pakai baju time kitrg nikah 2tahun dulu…aku boleh terima lah sbb baju tu dia pakai skali je time nikah, so ni pakai balik untuk raya…boleh diterima…

Warna2 yg pasti aku akan elak tahun depan adalah hitam, merah2 peach, ungu, dan putih…masa raya pertama aritu,aku dok sengih tengok org tema warna silver…cam cantik gitu…tapi tak tau kenapa aku rasa xboleh kene dgn kulit aku…skang ni, dok berlegar kat kpala otak ni warna biru…ni semua gara2 terpengaruh tgk pelakon siti saleha pakai wane light blue dlm rancangan Meletop Raya di Astro…cantik je aku nengok…tapi aku tetibe rasa mcm xkene jugak…ada setahun aku boley buat survey ni,mencari warna biru yg cantik dan sesuai tuk kami laki bini…agak2 royal blue okey tak?tapiiii…haish byk plak tapi nye…xpe,byk masa tuk plan…

Que colour after blue is yellow…tapi aku riso mcm xkene dgn laki aku…tapi rasanya okey kot kan...blom try blom tahu…tapi tu la,kuning ni menampakkan aku semakin kembang…haish, payah jugak kan…actually jauh dilubuk hati ni, nak try hitam sebenarnya…xpernah ada bju raya wane hitam…pernah ada satu je bju kurung wane hitam,tu pun dok bodek mak suruuh belikan kat tg malim…time ni terpengaruh dgn bebudak LAW kat UIA tu…nengok deme ramai pakai baju wane hitam g klas, tetibe teringin plak…tu yg ada satu baju kurung wane hitam…skang, langsung xde…teringin,tapi tau xkene dgn kulit dan tak kene dgn jiwa…hambikkk,main dgn jiwa tuuu…kiki…

Maybe, nak tema wane merah mak ngah la…kot2 time tu dh beraya bertiga, confirm comey ank aku in red colour kan…hihi…dah la wane peberet aku dgn suami aku…kiki..kot boleh jadi warna peberet anak aku nanti plak…

ooo lupe plak nk cerita tema aku n suami tahun ni kan…since gambo pun tak terupload lagi, meh nak cerita sikit…1st raya ktrg plan wane PUTIH…tapi tak plan nk putih mix dgn colour ape…ntah mcm mane aku terbeli kain ela PUTIH+PEACH…dan kebetulan jugak suami ada samping peach…dah sedondon tak pasal2…then raya kedua, suppose tema hijau…tapi raya kedua takde kemana, dan suami aku pun dah ready balik ke rawang tuk bekerja, so xdela gambo matching colour untuk warna hijau…raya ketiga suami dah masuk kerja…raya sengsorang la aku kat kampung…suppose tema wane tiffany blue…tapi bergaya sorang2 la,dah suami kerja kan…tapi sempat bergambar dgn baju ni pada raya pertama…sbb tau suami xde pada raya ketiga, sanggup tu tukar2 baju sbb nk bergambo je…hahaha…

Nanti I upload ye gambar2 tuk tahun ni…tuk tahun depan,masih survey…hihi…okeylah, nak sambung pikir ni…bubbye…assalam…

Saturday 9 August 2014

Hobi Baru~~MELANCONG!!!...

Assalamualaikum...

Nak dekat pukol 5pagi...ni namanya akibat tertido pkol 10malam...ni makan dia...hahaha...just nak mengomel kejap je dari sakit pinggang dok buat bunga telur...eke...

ni tadi,sambil belek bunga telur, awok ni layan la crita2 raya yang terlepas kat TONTON...now layan crite KIMCHI RAYA...ala,yg pasal nk ke korea tu...just nak cakap, tetibe terminat plak nak melancong...utk pengetahuan, tak pernah ujud perasaan minat utk melancong ke obersee ni...tapi xde la tak suka,ada peluang,opkos nak pegi kan...tapi xde la sampai pasang impian...atau mcm kawan2 yg lain,siap niat sebelom kawen kene g melancong dulu...tak pernah terlintas pun...tapi kan dek2 non, mcm rugi je melancong sebelom kawen, baik melancong bila dah ada pasangan...keselamatan lebih terjaga dan rasa boley la ada lovely moment antara kome berdua kan...gituuu...

Eppp,bukan itu yg nk di highlight kan...yg aku nk nyatakan,tetibe rasa mcm nk beli tabung utk simpanan melancong...boleh?tapi nk ke mana?dalam malaysia pun xhabis pusing...haish...

Okeylah,nk cakap tu je...rasa teruja tgk org melancong...tak tau nk share dgn sape,tu yg share kt dlm chitchatciknot ni...nk share dgn hubby, dah nyenyak senyenyaknye..takkan nk kejut semata-mata nk ckp pasal ni...ada yg kene kang...hahahaha...

Bubye dan selamat berhujung minggu...open house tu jangan makan santak sgt...beringat sikit...ehe...

*teringin nak ke cherating dan tioman...tak pernah pergi..mintak2 en suami sudi2 la baca post kali ni...abangggggggggg... :)