Total Pageviews

Monday 27 April 2020

Tahun 2020 guys..

Assalamualaikum..

Iyeee, today is 27 April 2020..n ye guys, kereta boleh terbang seperti kita bayangkan masa skolah dolu2.. Tapi, dalam mimpi aje le.. Hihi.. Dulu, bila cakap wawasan 2020,mula la kira2, tahun tu aku brape tahun ek? Ehhh, 34, tua nya.. Dan sesungguhnya, masih muda seperti dulu..

Lama kan tinggalkan blog ni.. Ni namanya haunted blog.. Bukan haunted house.. Tempat2 yg lama xdijenguk, xdiduduki, memanggggg la.. Tp dlm blog je guys.. Plus, bulan romadhonnnn ni, setan kene ikat.. Hihi.. Romadhon tiba romadhon tiba romadhon tibaaa..tibberrr..

Saje je nak tulis kat blog ni.. Tiba2 mcm byk masa plak.. Hihi.. Thank u PKP kerana memberi ruang utk aku memblog lagi.. Apa tu PKP? Perintah Kawalan Pergerakan.. Sekarang ni 1 dunia dilanda wabak penyakit covid-19, dimana penyakit yg tiada ubatnya.. Jadi Malaysia mengambil inisiatif mengawal dan menyekat pergerakan manusia2 dari terus tersebarnya penyakit ni.. Penyakit ni mudah berjangkit dgn antara satu sama lain..jd PKP ni lah langkah yg terbaik utk masa ini..

Alhamdulillah, skarang dh PKP yg ke 4,which is hampir 2bulan kawalan pergerakan ni dijalankan.. Just nk take note dlm blog ni, mana la tahu, lagi 10tahun baca, akan ingat peristiwa ni.. 10tahun? 2030 la kan.. Umur 44 la kan.. Adudu.. Hihi..

So sepanjang PKP ni, semua rakyat tidak dibenarkan keluar rumah sesuka hati.. Semua wajib duduk rumah.. Hashtag popular ketika ini #stayathome.. Mana yg bekerja, xboleh bekerja.. Hanya fronliners je yg dibenarkan bekerja.. Nak pegi mana2 xboleh.. Perjalanan keluar masuk Malaysia disekat.. Malah perjalanan antara mukim pun kena sekat.. Jalan penuh dgn abg2 polis and abg2 askar.  Diorg sgt strict ooo.. Awal2 dulu, mana yg ingkar, dok keluar saje2, joging la apa la, kene tegur je.. Tp degil gak, mmg skarang deme peghambat masuk lokap je.. Xde dakwa dakwi dah.. Degil bebeno.. Menunjukkan arahan ini sgt penting dan wajib folo..

Covid-19 ni mulanya dr China.. Benda ni dh start penghujung tahun 2019 dah.. Tp lama kelamaan, xdapat dibendung, malah semakin merebak.. Dinegara lain mcm italy, US, beratusribu yg kene, dan beribu2 yg meninggal.. Di Malaysia, setakat semalam (26/4/2020), 5780 kes.. Allahu.. Yg meninggal, 98 org.. Tapi Alhamdulillah, di fasa PKP4 ni, Malaysia dlm fasa penyembuhan.. Di mana jumlah yg sembuh semakin meningkat, dan jumlah kes baru dan yg meninggal, semakin menurun.. Ya Allah Ya Tuhanku, hanya padaMu kami berserah..

Punyalah bahaya penyakit ni, byk bnda yg biasa kita buat, kita dah xboleh buat.. Mungkin bukan dalam tempoh kawalan ni sahaja, mngkin lepas2 ni, masing2 pun akan lebih berjaga2.. Penyakit ni berjangkit dgn sentuhan..jadi kebiasaan sebelom ini, kita akan bersalam dgn org.. Tapi lepas ni, mungkin kena letak tangan di dada dan tunduk tanda hormat.. Sbelom ni tak kesah jarak social kita.. Nk sembang sebelah menyelah gitu.. Tp lepas ni, kena ada social distancing, paling2 1meter..

Time2 PKP ni, bukan sahaja #stayathome tau.. Bukan sahaja xboleh pegi kerja, malah mcm2 lagi yg tersekat.. Diantaranya sebarang bentuk majlis.. Especially majlis perkahwinan.. Ramai yg terpaksa tunda majlis perkahwinan.. Kesian gak pada family pengantin.. Kesian jugak pada pengusaha2 perkahwinan ni.. Allahu.. Aku sedikit sebanyak terkesan la jugak.. Dan, wedding apis (my 1st nephew), pun ditunda (belah lelaki).. Lepas tu, selain majlis2 ni, byk tempat tutup jugak.. Shopping mall semua bagai, mmg tutup la 2bulan ni.. Hanya seorang shaja dr setiap keluarga boleh keluar dan beli barang makanan.. Awal2 dulu, ada "panic buying"..time tu mcm nak raya ooo.. Org dok pulun beli semua bnda.. Ber troli2.. Apekah.. Aku terjebak jugak tapi bukan sbb panic, tp mmg sebab barang dah habis.. Maka nak tak nak, mmg kene beratur le pepanjang kat kaunter..

Sebut pasal raya, alahai, xtahu le tahun ni ada raya ke dak.. Ni PKP4 ni sampai 12/5/2020..ada ura2 kata ada PKP5, iaitu tambahan 2minggu lagi, mungkin smpai 26/5/2020..kita raya 24hb.. Huuu, raya dirumah masing2 la cite dia.. Terus xde mood nk beli baju raya (eleh, xde mood la sgt, ko dah tempah kan, tinggal nak ambik dekat tailor je kannnn), beli kuih raya, sediakan duit raya utk ank2 sedara (selamattttttt.. Hihi), kemas2 rumah,semua2 bnda lah.. Now, bukan takat aku stuck dekat rawang ni, mak abah pun sama.. Beraya di rawang lah nampak gayanya.. Sedih plak rasa..

(tgk xsenonohnya, cerita raya je dulu...puasa mana puasa?) puasa ni pun sedih.. Masa umumkan tarikh mula puasa tu, aku sebak, sbb kali ni lain dr yg lain.. Tiada solat terawikh di masjid.. Huuuu.. Actually, sepanjang PKP ni, solat jumaat jugak tidak dibenarkan.. Sedihkan kan.. Dah masuk jumaat ke6 dh, xde solat jumaat.. Dan yg lagi sedih, bukan takat Malaysia je PKP, dekat Mekah sana pun,tidak dibenarkan masuk ke Masjidil Haram..selalu time2 ni, kita akan nmpak kat tv, penuh keliling kaabah.. Ni kalau ada live dr sana, kosong aje.. Allahu.. Hanya Allah yg tahu apa yg terbaik.. Kita berserah dan sentiasa berdoa..

Takpelah, ni semua peristiwa atau memori yg kita tak akan lupa..ingatlah, apa pun yg berlaku, ada hikmah disebaliknya..diantara hikmahnya,kita lebih byk masa bersama keluarga, dan lebih byk masa utk beribadat, lagi2 dalam bulan yg sgt mulia ni.. So grab the opportunity.. Jgn sia2 kan.. Sblm ni mcm2 alasan kan, kerja lah, xsempat lah, ni xde alasan dah. 

Panjang jugak ek aku menaip.. Td mula nya nak taip sikit je, almaklom, dh 34tahun.. Hahaha.. Nak2 dh lama xtaip2 ni.. Jd selalunya aku susah nak susun ayat dgn baik.. Tp setelah taip bberapa perenggan ni, nampak mcm not bad gak.. Nampak nauuu ko jenih membebel.. Tu yg lancar je tu.. Haha.. Seperti biasa, byk bnda nk share dlm ni.. Nak2 plak dh tinggalkan blog dr 2017..bukan takat tak ikut track, track pun dh xde dh gamaknya.. Tgk la, ada masa, aku taip lagi..

Saje keep hidupkan blog ni, mungkin satu hari nanti anak aku boleh baca, oooo gini mak aku rupanya.. At least ada kenangan dan rujukan yg boleh dia tgk.. Ehhhh, aku skang dah ada AISY ZULAIKHA.. budak debok kesayangan.. Dah setahun 2bulan aku jadi mak.. Alhamdulillah.. Nanti aku share pasal bdk debok ni ye.. Now, nak pi sambung buat bunga telur.. Ehh masih buat? Ye lahhhh.. Ko rasa? Hihi..

Sehingga jumpa lagi.. Mungkin di tahun 2025..bukan takat ada Aisy Zulaikha, mungkin ada tambahan 2 3 lagi.. Ehhhhh.. Byeeeee, assalamualaikum..