Assalamualaikum...
Terdetik hati ini untuk mencoretkan satu situasi di mana ianya berlaku dalam kehidupan kita...terutama dalam kehidupan rumahtangga...dalam konon nak membelek bunga telur,tapi terhenti bila terlayan cerita Rindu Awak 200% episod yang ke 22...Sangat sesuai ditonton oleh para lelaki aka suami...
Bunyi cam serius je aku kan?ehe...serius tapi masih ada senyummm...okey, back to our topic...rasanya kene rungkaikan situasi ini agar hubungan suami isteri semakin erat dan dijauhkan salah faham antara pasangan...
Okey, situasinya adalah, Armel (heroin) dan Zill(hero) yang sedang honeymoon di Turki...kebetulan ada seorang perempuan merangkap kawan sekerja kepada Zill, iaitu Irene...Situasinya wujud apabila Irene ni ada masalah, dan orang yang dia akan cari dan rujuk, pastinya Zill sebab kenalan dia...kemudian Irene ni create satu keadaan di mana kononnya dia di ganggu oleh stranger dan membuatkan dia dalam bahaya...Zill dan Armel sedang berjalan2, kebetulan Armel ke toilet, dan time tu Irene mintak tolong kepada Zill konon tolong bawak dia ke embassy Malaysia nk report kes dia...ahaaaaa, ape yang telah berlaku?
Masalah pertama : Zill boleh tinggalkan isteri dia yang sedang pergi ke toilet dan mengarahkan isteri dia untuk balik ke hotel sorang2 dan dia sebagai suami, teman si Irene pergi ke embassy...
Meh aku nk celoteh : tahulah kawan ko tu ada masalah, tapi apa salahnya bawak isteri sekali pergi ke embassy tu kalau betol2 ada masalah...tak terpikir ke isteri kite jalan balik sorang2 di negara orang?sibuk pikirkan kawan tu dah kenapa?
Oh ye, sebelom tu, ada satu situasi tertinggal...si isteri tak sihat, so suami nak kluar pergi tapaukan makanan untuk isteri...kebetulan terjumpa Irene di luar...
Masalah kedua : dah la tak jumpa makanan yang isteri mintak, boleh plak duduk2 minum dengan irene...
Meh aku nak membebel : perlu ke nak minum2 dengan Irene kat luar tu?kalau nak sembang pun, sembang 5-10minit dah la,xpayah nak minum2...perut isteri tu lapar,yang gi kenyangkan perut orang lain dh kenape...
Then, last but not least (refer to episod 22), Irene call tengah2 malam,dah tido dah pun...then konon2 ada masalah...Yang si Zill ni sebagai kawan, nk pergi lah tolong kononnya...
Masalah ketiga : keluar dari bilik dan menuju ke bilik perempuan lain tanpa memberitahu si isteri...
Meh aku nak marah : dah kenapa tak inform wife tu?jangan bagi alasan taknak ganggu wife tu tido...alasan tak logik langsung...paling2 berpamit...seelok2nya,bawak wife tu skali...bila dah sampai bilik tu, ha hambik, kan dah kene pelok...kalau isteri nampak,apa alasan?bukan salah ko?dia yang tiba2?
End up, dah salah faham berlaku...isteri jeles marah sbb keadaan tu...yang si suami of coz la taknak mengaku salahkan, sbb niat dia ikhlas nak tolong kawan yg dalam kesusahan...tak sangka keadaan mcm tu berlaku...TAK SANGKA...perkataan ni la xsepatutnya...
Macam ni la... Ye, mmg selalunya salah pihak isteri sebab cemburu buta, tuduh tanpa usul periksa...si suami niatnya suci dan ikhlas nk tolong orang dalam kesusahan...tapi bila jadi macam ni, bila dah terperangkap, si suami senang je bela diri mengatakan diri ni tak tahu apa2...tak sangka akan berlaku...paling2 akan ckp, 'im sorry'...yang isteri ni, dah la mmg dari awal rasa syak wasangka, rasa tak tentu arah je, dan of coz bila jadi macam ni, kene sembur la ko...
Benda2 macam ni tak sepatutnya berlaku...untuk mengelakkan isteri cemburu atau rasa tak tenang, apa salahnya bagitahu dari A to Z...sekurang2nya isteri tahu...tapi jalan penyelesaian yang lebih afdol adalah, jangan involve dalam situasi macam ni...ye betol, kawan kita (yang berlainan jantina) ada masalah, tapi rasanya ada kawan lain yang boleh tolong...atau mungkin kita bagi nasihat atau bagi idea atau bagi pendapat macam mana die nak setelkan masalah die sendiri, dan biar dia yang setelkan, bukan kita yang bawak die utk setelkan...ataupun kot la kawan tu mmg dah xde orang lain, nak jugak mintak kita tolong, apa salahnya bawak isteri untuk involve dan tolong selesaikan masalah kawan kita ni...sah2 wife kite perempuan,lagi manis dan lebih elok wife yang mendekati dia,walaupun dia kawan kita...jangan nak setelkan sorang2...bila sorang2,akhirnya, mesti gaduh...
Bila isteri bising, mula la cakap yang isteri ni tak percayakan dia, cemburu buta dan macam2 lagi la...wahai sang lelaki, dengar la...wanita tidak akan melenting kalau tanpa sebab...perempuan lebih kenal isi hati perempuan...insyaAllah dgn deria rasa ni, boleh agak kawan tu boleh dipercayai atau tak...lagi2 isteri, selalunya,apa yang dia rasa, jarang silap...
Lelaki dan perempuan tak akan boleh jadi sahabat baik aka BFF...hanya istilah berkawan sahaja yang sesuai...almaklom,bila dah BFF, suka duka manis pahit segalanya nk share kan...sangat tak kene bila nak share dgn BFF yang berlainan jantina...lagi buruk dipandangan kalau kedua-duanya atau salah sorang darinya dah berumah tangga...kalau single mingle tu,boleh terima lagi la...semua bnda nak share, siang malam nk bersama...silap haribulan, tu jodoh ko, ha, terus la kawen...ni kalau dah berumah tangga ni...ish, jangan buat main2...
Meh akak nak bg suggestion...kepada para suami, elakkan diri dari terlibat dalam keadaan macam ni...mencegah lebih elok dari nk ubatkan...walaupun niat anda sangat ikhlas dan xde niat lain, tapi ingat, SYAITAN berada di mana2 sahaja...dia tunggu masa je...silap haribulan, terjebak...dah terjebak,nk mintak maap pun tak guna...oleh itu, kawan kan isteri kita kepada kawan kita...mungkin lebih manis dan boleh mengelakkan diri dari difitnah...
Untuk para isteri, janganlah tuduh melulu tanpa usul periksa...cemburu perlu ada,tapi berwaspada...apa2 keadaan, kita kene dengar ape penjelasan dulu...mmg hati perempuan rapuh...tapi lebih best kita tau hal sebenar kan...dan tak salah rasanya kalau isteri nak jadi stalker...bukan tak percaya, tapi lebih kepada berhati2...
Dan yang terakhir, untuk si kawan...kalau ko mmg ada niat buruk, aku xtau nak cakap apa la...apa yang boleh cakap, bertaubat jela...tapi kalau ko xde niat jahat, ko xde niat nk memecah belahkan hubungan suami isteri itu, berpada2 la bila menghubungi suami orang...boleh contact, tapi biarlah ada tujuan...boleh bercakap,tapi pastikan ada bnda penting yang nak dicakapkan...kalau tak nak di fitnah,apa kata ko ambik alternatif utk bersahabat baik dengan isteri kawan tu...kalau ko datang dengan baik, mana2 perempuan akan terima dengan hati terbuka...jangan plak roger suami orang time yang tak sepatutnya...pkol12 malam nak tido, time tu la ko mesej nak pinjam duit...pkol12 tghari taknak plak kan...weekend, time spend time for family,time tu la ko muncul nk discus pasal kerja...aishhh...so, kalau xnak difitnah, jadikan isteri kawan kite tu,kawan kita jugak...kadang tu, ada jugak situasi, kawan ni adalah kawan kepada suami isteri ni...tapi ada masalah atau ada bnda nk tanya, mesti roger yang si suami...dah kenapa?kenapa tak contact kawan yang isteri dia tu...macam kuang ajo pun ada...macam tak hormat...jadi,jangan begitu ye...jauhkan diri dari difitnah...
Okeylah, dah nk subuh...kerja aku pun tergendala...bagus jugak cerita2 melayu ni...some situation sangat dekat dengan kehidupan kita...jangan macam cerita harry potter...tak dekat langsung...penyapu utk sapu sampah, bukan tuk terbang...bukan main imaginasinya...hahaha...so kepada yang tak berminat cerita melayu ni, layan2 kan la...ada ikhtibar yang kita boleh ambik...
kenapa aku buat entry ni? sbb lately selalu terbaca status kawan2 kat FB yang ada masalah mcm ni...tak salah kot utk bg nasihat dan pendapat...takkan aku nk taip panjang2 mcm ni kat ruang comment tu...mcm tak semenggah jek...haha...so aku conclude kan dalam satu karangan...mana yang rasa diri selamat,alhamdulillah...mana yang rasa dh boleh start berhati2, berhati2 lah dengan diiringi doa kepadaNya agar ianya dalam keadaan selamat...dan mana2 yang rasa macam kene sebijik sejebon, kembalilah kepada jalan yang lurus...henti2kanlah perbuatan yang jahat atau mungkin belom tercapai, tapi ianya tetap menuju kearah kejahatan...so plis stop...
Okeylah, salam subuh semua...
Al-fatihah untuk mangsa MH17...hari ni hari berkabung untuk satu malaysia...sesungguhnya Allah maha Mengetahui...Assalamualaikum... :)
No comments:
Post a Comment