Total Pageviews

Monday, 8 July 2013

Top 30 lagu kenangan…

Assalamualaikum…

Dah lame tak jengah kat blog ni…quite busy n takde masa…kalau ada masa,tak ada internet plak kan…btw,byk crite nak di chit chatkan…di antaranya,pengalaman time gi bandung & Jakarta,maybe aku akan bg some tips for those who want to go to bandung nex time,then,pasal trip ke langkawi,pengajaran dan pedoman,bulan puasa dan banyak lagi lah. Next entry akan diceritakan kay. So now,this entry dah lama nk create,tapi tak tertaip2. Since malam ni quite busan,nk gentel bunga pun tak ada mood,ape lagi,bukak lappy,taip bende alah ni sambil dengo lagu2 dalam list WMP…hihi…

Everyone have their own memory. Tapi,lain orang,lain caranya untuk mengenang memory masing2… Ada yang melalui kata-kata,melalui gambar,melalui lagu seperti aku,melalui diary yang diupdate year by year,ada yang melalui bau jugak dan paling simple,but very hard to simpan adalah just pakai memory card dlm diri kita ni je…kalau aku,aku fail sikit bab2 mengingat secara naturally ni..even,kalau kawan2 try cerita balik pasal time skolah dulu,aku rasa just 25% je aku ingt…but,if melalui nombor atau angka,insyaAllah aku boley ingat. Percaya atau tidak,aku masih hafal tarikh birthday my exclassmate form 3KAA di DZ…cume 2orang sahaja yang aku tak tahu birthday diorang,so aku pun xhafal,the rest,mmg dlm fikiran aku ni je…hehehe…

Selain nombor,aku lebih mudah menggunakan lagu…so today,I’ll list top 30 yang akan membuatkan aku teringat itu dan teringat ini…

1-Jesnita (Exist)-rombongan form3 ke Terengganu…sepanjang jalan pegi dan balik,radio bus asyik ulang lagu ni je…so this is one of my feveret lagu for today n maybe untuk selamanya…
2-Selalu Mengalah (Seventeen)-praktikal felda prodata…time praktikal bukan ada keje sgt…so pasang radio 24jam dan time tu lagu ni mmg femes giler…
3-Kenangan terindah (samsons)-Latihan Keusahawanan Siswa (LKS) di temerloh…Masa ni suka dengan lagu ni,tapi tak tau tajuk,sehinggakan one of my fren bgtau tajuk lagu ni adalah Kenangan terindah…
4- swear it again (Westlife)-tringat setiap kali balik dr sekolah,bukak tv yg ada chanel lagu2,tggu lagu ni…Rasanya time tu form 1 kot…baru nak berjinak dengan lagu omputih…hihi
5-Kawan & Remaja (UNIC)-time asrama…kalau nasyid je,lagu2 ni mesti jadi mukadimah nasyid…paling2 time baru nak naik pentas dan tengah nak susun baris,mesti klua lagu ni…hahaha
6-Seperti dulu (Exist)-teringat dewan makan asrama. Lagu ni pemes time form5…tgh que tuk ambik makanan,mulut kumat kamit nyanyi lagu ni…then konon perasan lirik lagu ni ada kene mngena…hahaha…bukan nk berzikir mulut aku ni,nyanyi peginya…ish ish ish…
7- Untuk mu sayang (Febians)-teringat kak lang sbb lagu tu lagu dodoi die…almaklum,si dia tujukan lagu ni,habis bangun tido dia dengan lagu ni…hahaha
8-Kehilangan (firman)-time keje perabot matang…setiap kali karoke dengan bebudak ni,ni la lagu wajib diorang…dari aku tak kenal sape firman,sampai aku terminat lagu deme ni…
9-warisan(Sudirman)-lagu peberet kak faizah (chess)…tgh training chess nyanyi lagu ni,time naik keta bawak lagu ni,tgh busan2 tunggu2 bus ke,kak faizah mesti nyanyi lagu ni dengan semangat nya…superb rindu nak dengar kak faezah nyanyi lagu ni…hahaha
10-i believe i can fly (R Kelly) & standing in the eye of the world (Ella)-lagu untuk masum 2009 rasanya…Masum di UUM…
11-kampung pening lalat (P Ramlee)-najwa asyik nyanyi lagu ni time GACC…nak bangun nak tido nak siap2 nak makn,mesti nyanyi lagu ni sampai jadi fenomena kat ktrg yang mendengo nye…hahaha
12- sorry2 (Super Junior),nobody (Wonder Girls) -menari for masum…opkos just for girls only…semangat sebelom pegi berentap chess…dah siap bertudung berstokin bagai,susun ramai2,then menari…
13-tragedi oktober (Awie)-teringat buat teka teki lagu time skolah agama waktu skolah rendah…Dulu sambil tunggu next ustazah masuk kelas,mesti main teka teki la,main negara2 la…so kalau bab2 lagu ni,aku la paling expert kalau lagu awie…
14-bila rindu (Ruffedge)-waktu mula2 masuk matrix…rasa cam feel habis bile dengo lagu ni…
15-bleeding love (Leona Lewis)-masum sabah 2008…dari training sampai la ke sabah asyik nyanyi lagu ni...
16-grenade (Bruno Mars)-teringat adik member buat video lawak guna lagu ni...
17-its all coming back to me now (Celine Dion)-teringat sofia nyanyi time karoke kt mahallah Maryam. Terlalu kagum dengan sofia bawak lagu ni,terus terminat…
18-tenda biru (Awie & Ella)-ondaway pegi n balik hantar angah masuk poli sabak bernam. Ktrg satu kereta olah lagu tu jadi lirik sendiri…
19-Disaat aku mencintaimu (dadali)-teringat syah cari lagu kat karoke...dia tak ingat tajuk,dia tak ingat penyanyi…tapi dia ingat lirik dia yang “Aku,inginkan dirimu”…lirik tanpa nada…semua try teka dan nyanyi semua lagu indon...semua salah…rupanya lagu ni yang dia cari..hahaha
20-Rasulullah (Hijjaz)-nasyid time darjah satu,skab & dz…dan setiap kali bwk lagu ni,mesti no 1…
21-kekasih awal dan akhir (Jamal Abdillah)-ondaway balik dr LKS temerloh,duk lepak dgn aesha kima n liza kat seat blakang & diorg claim lagu ni lagu utk org yg dh terlanjur...hahahaha,tak tahu tang mana diorg bley cakap macam tu…
22-Seloka Hari Raya (Anuar Zain & Ellina) – time matrix,dalam bulan puasa,hepi2 nyanyi lagu ni ngan kima…sampai je lirik “warisan nenek zaman berzaman”…dua2 terdiam,pandang each other,then dua2 sebut,nenek?then takot sendiri…hahahaha…
23-ooh lala (KRU)-senior darjah 6 menari lagu ni,aku drjah 5,ade kem kt skolah,time mlm persembahan.
24-jatuh cinta lagi (Matta)-teringat adik aku sorg ni,lan aka mazlan aka ikram siap geleng2 kepala ikut rentak nyanyi lagu ni…time nk g tournament catur bistari rasanya…
25-helena (My Chemical Romance)-lagu peberet aesha..malam besday aesha,celebrate ramai2…tp biasa la matrix,pkol12 mlm mane boley squarting bilik org,sedangkan time tu ktrg tgh nak makan2 kek…then,kantoi sbb principal tgh buat spotcheck,bilik ktrg kene serbu dan time tu PC aku tgh pasang lagu Helena yang agk kurafat ini…hihi
26-beat it (Micheal Jackson)-tringat abg alin sbb sebutan die… in Bengkulu,if nak uk2 aka buang air beso aka be**k,ktrg sebut ‘berek’…so bila nyanyi lagu ni,ktrg akan change beat it kpd berek…hahaha
27- masih jelas (Hafiz)-lagu pakmat…hahaha…late night movie…kalau xsilap nak tgk crite juon yg ke3 rasenya…waiting for the show,ktrg pegi karok dulu…tapi laki2,pompuan2 la…time ktrg yg girls ni lalu jamban aka bilik karok boys ni,terdenga org nyanyi lagu masih jelas…dan org itu adalah pakmat…hahaha
28- bosanova (Wann)-tringat aqidah yg claim tu lagu raya…terguling aku time dia marah,’ape cik nyanyi lagu raya malam2 ni'…tercengang habis,tang mana raya nya lagu ni ntah…hahaha
29-Pencinta Wanita (Irwansyah)-mula-mula xminat lagu ni…sbb ramai sgt minat,so kononnya decide untuk tak minat…last2 terminat jugak,ate roommate asyik naynyi lagu ni je…time 1year degree at Gombak…time bilik kongsi 8org…hihi
30- Sangkar Cinta (Ziana Zain) & Pertemuan (Erra Fazira)- tak tahu mana datang keberanian untuk nyanyi lagu ni dikhalayak orang ramai..haha…yang lagu ziana,time one of cikgu praktikal,habis khidmat dia,n dia mintak sorang nyanyi lagu untuk dia dan macam mana aku boley tervolunteer ntah…time tu mmg habis bajet ziana zain dah…tak ingat darjah berapa…then yang lagu erra tu time kem kat skolah…setiap team,perlu hantar wakil untuk menyanyi,dh tolak semua org tak nak,last2 aku volunteer again gi nyanyi lagu ni… “nananerananananera,nananerananananera,nananerananananera,nananerananeroooooo”…malu siooottttttt…

Hahahaha,bile teringat ni,tersengih-sengih aku dibuatnya…aku ni diari tak konsisten,so thru lagu yang membuatkan aku ada memory…kenangan aku n hubby aku plak…adaaa,opkos adaaa…diantaranya lagu, Bila Rasaku ini Rasamu (Kerispatih)…

Lagu ni time aku tgh tekel hubby aku tuk jadi boipreng…hahaha…perigi cari timba aku ni…takpe,asalkan aku bahagia sekarang dan tak bertepuk sebelah tangan…tu yang penting…haha…then,bile dh declare dan more serius,he gave me this song, Whenever You Call (mariah carey)…

sangat bermakna liriknya dan my ringtone for him till now…Then,some song yang ktrg slalu gado,sape lepas sape xlepas nyanyi…slalunye time traffic jem la kn…busan…diantaranya lagu judika,Kau yang tersakiti…hihi…

Actually byk lagi…tp ni yg ter most la…kire mmg top 30…umor pun semakin lame semakin banyak…dan memory pun semakin lama semakin byk la jugak…tunggu la another  5years,aku update top 50 pulak ye…hihi…Kenangan ni,tak salah untuk dikenang,tapi jangan sampai memudaratkan diri…ate asyik sibuk terkenang itu ini,urusan ketika ini,atau pada hari ini terbengkalai…tak patut gtu…memory ni bagus sebagai pengajaran,pedoman dan tauladan…dan bagi aku,by kenangan la,kite semakin matang,since kita dah lalui ape yang sepatutnya,dan kita dah tahu mana betul mana salahkan…so jangan sesekali marah dengan kenangan,especially kenangan pahit atau kenangan hitam…kita as manusia ni tak perfect…jadi,if pernah melakukan kesalahan,biarkanlah ianya berlalu…biarkan ianya menjadi kenangan,memory silam yang mendewasakan kita…bukan asyik menghukum atau menyalahkan benda yang dah lepas…hidup kene diteruskan…itu sebab ujudnya ayat ini..semoga hari ini lebih baik dari semalam…even semalam,even seminit yg lalu,ianya tetap kenangan yang kite xboley nak ulang tayang untuk time dan tarikh yang sama…mana kenangan yang perlu dikenang,boley la kite bercerita kepada anak cucu cicit kita nanti…tapi mana yg pahit dan hitam,biarlah simpan didalam sebuah kotak dalam diri kita dan kunci ketat2 agar ianya tidak terbukak…biarlah diri sendiri sahaja yang tahu ape isi dalam peti itu…


Okeylah,jom solat…insyaAllah,hidup kita lebih diberkati oley Allah…bubbye…Assalamualaikum…

No comments:

Post a Comment